Thursday 27 March 2014

Kronologi Perjalanan Si Cikgu Qiqin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
hari ni saya nak tepek kronologi kisah si Cikgu Qiqin dari awal perjalanan sehingga la sampai ke US..
jom tengok..

07022014
hari semakan penempatan..--> SABAH!
langsung takde dalam bayangan ye..sbb konon-kononnya semua peribumi Borneo dihantar ke Borneo. penilaian khas lagi xde pun inteviu macam kami. so bajet-bajet memang dah ramai la kat sana kan...ternyata..itu dusta.

10022014
naaaa..baru hari ni banjir dalam diri ni surut setelah tiga hari hujan lebat tanpa henti. bukan sebab takmau pegi sana..tp sbb terasa sakitnya hati ini dipermainkan dengan janji-janji capati. terasa sungguh teraniaya. pasrah tapi belum redha. akhirnya..setelah tiga hari barulah pasrah bertukar menjadi redha.huu

17022014
lapor diri di Hotel Goldcoast Klang. oke..dah tau flight akan ke KK. tapi belum tau ke mana destinasi seterusnya sbb semua kami ni akan dikumpulkn di KK sebelum diberitahu ke manakah kami perlu tuju selepas itu. itu kejamkan? sekali lagi perasaan kami dipermainkan..lebih kesian pada yang bawa anak-anak kecil dan suami yang mahu ikut sama terbang ke sana..tanpa tau destinasi?? oh pelisss lah..ini bukan secret agent ke apa..ini cikgu nak pergi mencurahkan bakti oke! haish~

18022014
Flight KL-BKI jam 10.10am..meninggalkan hotel jam 6.00am meredah kegelapan Subuh dengan hati yang masih tidak pasti ke mana tujuan kami ni sebenarnya?
Tiba di KK lebih kurang jam 2.00pm. penatnya ya ampun Tuhan saja yang tahu. ke sana ke mari dengan bagasi 25kg dan backpack yang mungkin +/-10kg..dan tuan badan yang membawa..cuma 39kg? belum lagi dicampur dengan berat hati ketika itu.ohh..terasa bahu menjerit tidak tertahan dengan bebanan itu. *ini bukan over.ini realiti si budak manja*



Dan hanya selepas jam 12 TENGAH MALAM..barulah kami diberitahu destinasi yang akan kami tuju.
selepas jam 12am tu..nama diumumkan seorang demi seorang ye..mengikut daerah. dan saya..di daerah Ranau. by that time..belum tau lagi sekolah mana. dgr nama kat daerah Ranau..rasa mcm fuhhh lega~ *sbb tau tempat tu dan langsung tak terfikir tempat tu akan ada pedalaman yang dalamm ye* huu..maka, berkumpul la kami insan-insan terplih ke daerah Ranau..4 orang sahaja. sesi nebes-nebes dah bermula ni sbb nak tau ke sekolah mana kami bakal ditempatkan..tetibe..

NURASHIKIN BINTI RAMLAN | SMK ULU SUGUT.

OMG.ulu?? oke..baca nama je dah punah segala harapan nak duduk kat bandar. masa tu xde apa yang mampu selain istighfar bebanyak supaya tak pengsan!huu *ye.masih nak fefeling somel di kala begini* :P
kebetulan pegawai PPD Ranau yang menunggu kami tu pernah mengajar di sekolah tu..jadi gambaran awal sekolah tu diterima serta merta. maka, berusaha keras la sang hati ini untuk mengawal segala macam perasaan yang berperang ketika itu agar tiada titik-titik mutiara yang gugur dikhalayak ramai tu..dan alhamdulillah hati yang bekerja jeras itu berjaya..seketika.haha..terus balik bilik penginapan..call hubby dan hujan lebat ribut petir sambar menyambar segala bagai kedengaran...ohh..*skang ingat memangla gelak kepada diri sendiri*

19022014
Seorang pegawai lain pulak yang datang ambil kami berempat di KK untuk dibawa ke Ranau. cantik pemandangan sepanjang perjalanan tapi tetap tidak mampu mengusik hati yang sedang dingin beku sedingin kabus di luar jendela kereta yang membawa kami itu. kami berdua yang terpilih ke US ni ditinggalkan di pekan Ranau menginap di hotel kecil di pekan kecil itu. esok barulah kami akan dijemput oleh pihak sekolah untuk masuk ke US yang katanya mengambil masa 2-3jam untuk sampai. perasaan? ---- kosong ----

20022014
Akhirnya..yang ditunggu tiba juga. Kami (Cikgu Qiqin dan Cikgu Din) dijemput oleh PK HEM sekolah dengan menaiki pacuan empat roda atau nama glamornya 4wd. Bermulalah perjalanan kami ke US. Mental sudah bersedia berbekalkan 'cerita' dari pegawai PPD Ranau yang menunggu kami tempoh hari. Ya..cerita itu benar belaka..tiada yang dusta.huu.. jalan tidak berturap, berbatu-batu, berlubang, tidak rata..berdebu usah cerita. Sepanjang perjalanan hanya itu yang menghiasi pandangan kami ditambah dengan kehijauan alam..yang jika dilihat sekeliling, tidak terduga dek pemikiran ni akan ada sekolah nun jauh di dalam sana.
Masih sempat mata ini mengira..ada 10 buah jambatan sepanjang jalan masuk ke US. Kami selamat tiba di US kira-kira 2jam mengharungi perjalanan berliku itu. Selamatlah kami melapor diri pada hari itu di SMK US.



fuhh..panjang amat entri ni. kronologi katanya! haha..tahniah kerana membaca sehingga habis. jumpa lagi dalam entri selanjutnya. di mana kami tinggal dan apa berlaku seterusnya. stay tuned!

Yang letih mengimbau,
~ CikguQiqin ~















Selamat Membaca Kisah Si Cikgu Qiqin

Assalamualaikum..dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah baru sekarang berkesempatan untuk menulis menaip. Dah lama sebenarnya berniat nak mencatatkan kisah si Cikgu Qiqin ni. Niat bermula seawal hari pertama sampai di tempat posting. Kenapa dan di mana? Oke..jawapan untuk soalan kenapa ada dalam jawapan di mana. Jadi saya akan terus bagi jawapan untuk soalan di mana?..di US --> Ulu Sugut. Naaa..tak tau kan kat mana tempat ni? Ala..orang Sabah yang saya kenal pun mengagau nak memikirkan kat mana la Ulu Sugut ni..apatah lagi kita yang di semenanjung ni kan? Maka, di situlah jawapan untuk soalan awal-awal tadi..kenapa saya berniat nak menulis kisah saya di US..sama macam tajuk besar gedabak blog aku ni..dari Kuantan ke US...

Untuk menceritakan semuanya, mungkin agak mustahil. Kekangan utama adalah ketiadaan kemudahan internet di US. Takpe, nanti saya akan ceritakan kisah kekangan-kekangan ni dengan lebih terperinci. *amboi!*

Oke..jumpa lagi!

Yang memulakan kisah,
~ CikguQiqin ~